AL-ZARQALI ( 1028-1087 )
Luqmanul Hakim Bin Ahmad Sobri A171873
( Jumaat 9.00 pagi )
Abu Ishaq Ibrahim Ibn Yahya atau lebih
dikenali lagi sebagai Al-Zarqali. Beliau merupakan seorang cerdik pandai
astronomi di wilayah Islam Sepanyol di awal abad ke 11 masihi. Beliau memiliki
banyak gelaran seperti Arzachel dan Azarquiel di Andalusia dan Itali. Selain
itu dalam dunia Islam beliau dikenali sebagai Al-Zarqalluh dan Al-Zarqallah.
Beliau berketurunan Arab Sepanyol yang lahir pada tahun 1028 M di Toledo
Sepanyol. Al-Zarqali dilahirkan dalam keluarga Visigoth yang memeluk Islam di
suatu kampung berdekatan Toledo. Al-Zarqali mahir dalam membuat ukiran logam
dengan menggunakan tangan dan hal ini telah menyebabkan beliau terkenal. Oleh
itu, beliau telah diberi gelaran Al-Nekkach yang bermaksud pemahat logam.
Al-Zarqali tidak mempunyai pendidikan formal. Hal ini kerana beliau belajar
sendiri. Beliau mengumpul sendiri bahan-bahan yang diperlukan untuk menambah
pengetahuannya dan mengasah kemampuan intelektualnya. Pada 1062,
Arzachel dilantik menjadi ahli pasukan saintis muda yang dipimpin oleh Said
Al-Andalusi. Tidak lama selepas itu, beliau telah dilantik menjadi ketua dan
diminta untuk mengajar orang yang lebih tua dan juga termasuklah Said
Al-Andalusi.
Nama Al-Zarqali tecatat bersama 23 ilmuwan
yang tersohor dan diiktiraf oleh dunia sains moden. Pada akhir abad ke-11
Masihi, Al-Zarqali mendapati bahawa orbit planet adalah berbentuk elips atau
bujur. Beliau juga membetulkan panjang laut mediterranean. Anggaran jarak oleh
orang Greek adalah 62 darjah dan al-Khawarizmi adalah 52 darjah. Anggaran oleh al-Zarqali
adalah 42 darjah dan anggaran yang dilakukan oleh al-Zarqali adalah yang paling
tepat. Penemuan-penemuan yang diciptakannya ditulis dalam kitab berjudul
al-Safiha al-Zarqaliya atau lebih dikenali sebagai Azafea. Al-Zarqali meninggal
dunia pada tahun 1087 Masihi.
Al-Zarqali telah berkunjung ke Cordova untuk
menambahkan lagi pengetahuan dan kemahirannya. Kemudian beliau menggunakannya
untuk mencipta beberapa peralatan astronomi. Jadual Toledo memuatkan
singkatan-singkatan maklumat geografi yang berasal dari Ptolemy dan
Al-Khawarizmi, ini peting kepada ahli astronomi khususnya dalam waktu melakukan
cerapan. Pentingnya jadual ini sehingga diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa
lain dan digunakan dengan meluas oleh ahli astronomi terkemuka seperti Campanus.
Ini juga membawa kepada penghasilan Jadual Marseilles dan Jadual Alfonsine.
Al-Zarqali yang bertanggungjawab mencipta “safihah” sebagai penyempurnaan
kepada astrolab yang dicipta oleh Muhammad bin Ibrahim al-Farazi. Jadual toledo
ini adalah salah satu karya beliau dalam bentuk almanac dan mengandungi
berbagai-bagai jadual untuk menentukan hari yang menjadi permulaan bagi setiap
bulan lunar, Koptik, Romawi dan Parsi. Al-Zarqali juga mencipta jam air yang
dapat menunjukkan masa pada waktu siang dan malam serta menyusun nama-nama hari
dalam setiap bulan. Jam air penting bagi Islam dalam menetukan awal tahun
komariah yang baru. Antara karya Al-Zarqali ialah Al Amal bi Assahifa Az-Zijia,
Attadbir dan Almanac Arzarchel.
RUJUKAN
1. Hamdan Aziz
Ph.D, P.Sivarajan Ph.D , Md Zuki Bin Hashim, 2014, Tamadun Islam dan Tamadun
Asia (TITAS), Freemind Horizon Sdn.Bhd.
2. Azizan
Baharuddin,(1986), Pengenalan Tamdun Islam di Andalus, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka. Hlm:55
3. https://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/islam-digest/17/11/17/ozkbvz313-karyakarya-alzarqali-untuk-dunia