Wednesday 31 October 2018

TOKOH ASTRONOMI ISLAM


AL-ZARQALI ( 1028-1087 )

Luqmanul Hakim Bin Ahmad Sobri A171873

( Jumaat 9.00 pagi )

 Abu Ishaq Ibrahim Ibn Yahya atau lebih dikenali lagi sebagai Al-Zarqali. Beliau merupakan seorang cerdik pandai astronomi di wilayah Islam Sepanyol di awal abad ke 11 masihi. Beliau memiliki banyak gelaran seperti Arzachel dan Azarquiel di Andalusia dan Itali. Selain itu dalam dunia Islam beliau dikenali sebagai Al-Zarqalluh dan Al-Zarqallah. Beliau berketurunan Arab Sepanyol yang lahir pada tahun 1028 M di Toledo Sepanyol. Al-Zarqali dilahirkan dalam keluarga Visigoth yang memeluk Islam di suatu kampung berdekatan Toledo. Al-Zarqali mahir dalam membuat ukiran logam dengan menggunakan tangan dan hal ini telah menyebabkan beliau terkenal. Oleh itu, beliau telah diberi gelaran Al-Nekkach yang bermaksud pemahat logam. Al-Zarqali tidak mempunyai pendidikan formal. Hal ini kerana beliau belajar sendiri. Beliau mengumpul sendiri bahan-bahan yang diperlukan untuk menambah pengetahuannya dan mengasah kemampuan intelektualnya. Pada 1062, Arzachel dilantik menjadi ahli pasukan saintis muda yang dipimpin oleh Said Al-Andalusi. Tidak lama selepas itu, beliau telah dilantik menjadi ketua dan diminta untuk mengajar orang yang lebih tua dan juga termasuklah Said Al-Andalusi.
  Nama Al-Zarqali tecatat bersama 23 ilmuwan yang tersohor dan diiktiraf oleh dunia sains moden. Pada akhir abad ke-11 Masihi, Al-Zarqali mendapati bahawa orbit planet adalah berbentuk elips atau bujur. Beliau juga membetulkan panjang laut mediterranean. Anggaran jarak oleh orang Greek adalah 62 darjah dan al-Khawarizmi adalah 52 darjah. Anggaran oleh al-Zarqali adalah 42 darjah dan anggaran yang dilakukan oleh al-Zarqali adalah yang paling tepat. Penemuan-penemuan yang diciptakannya ditulis dalam kitab berjudul al-Safiha al-Zarqaliya atau lebih dikenali sebagai Azafea. Al-Zarqali meninggal dunia pada tahun 1087 Masihi.
  Al-Zarqali telah berkunjung ke Cordova untuk menambahkan lagi pengetahuan dan kemahirannya. Kemudian beliau menggunakannya untuk mencipta beberapa peralatan astronomi. Jadual Toledo memuatkan singkatan-singkatan maklumat geografi yang berasal dari Ptolemy dan Al-Khawarizmi, ini peting kepada ahli astronomi khususnya dalam waktu melakukan cerapan. Pentingnya jadual ini sehingga diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa lain dan digunakan dengan meluas oleh ahli astronomi terkemuka seperti Campanus. Ini juga membawa kepada penghasilan Jadual Marseilles dan Jadual Alfonsine. Al-Zarqali yang bertanggungjawab mencipta “safihah” sebagai penyempurnaan kepada astrolab yang dicipta oleh Muhammad bin Ibrahim al-Farazi. Jadual toledo ini adalah salah satu karya beliau dalam bentuk almanac dan mengandungi berbagai-bagai jadual untuk menentukan hari yang menjadi permulaan bagi setiap bulan lunar, Koptik, Romawi dan Parsi. Al-Zarqali juga mencipta jam air yang dapat menunjukkan masa pada waktu siang dan malam serta menyusun nama-nama hari dalam setiap bulan. Jam air penting bagi Islam dalam menetukan awal tahun komariah yang baru. Antara karya Al-Zarqali ialah Al Amal bi Assahifa Az-Zijia, Attadbir dan Almanac Arzarchel.

RUJUKAN
1. Hamdan Aziz Ph.D, P.Sivarajan Ph.D , Md Zuki Bin Hashim, 2014, Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), Freemind Horizon Sdn.Bhd.
2. Azizan Baharuddin,(1986), Pengenalan Tamdun Islam di Andalus, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm:55
3. https://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/islam-digest/17/11/17/ozkbvz313-karyakarya-alzarqali-untuk-dunia